CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, December 14, 2011

Iqra' - Anakku Brain Tumour - Hikmah 5 Sebelum 5

Dah kembali addicted membaca buku setelah lama ditinggalkan hobi ni.. insyaAllah akan cuba beli 1 atau 2 buku setiap bulan dan akan cuba kongsikan di sini.. Rupa2nya membaca secara online dan offline, 'nikmatnya' tidak sama..


Okey meh review pasal buku ni.. hasil tulisan Pn Isyah Radhiah, isteri kepada Che Amran (ahli Kump Raihan).. kisah benar mengenai anak mereka yang mengidap brain tumour. Bagaimana pasangan ini menghadapi situasi yg kritikal ini di samping menjaga anak-anak mereka yang masih kecil. Ternyata semangat dan mental yang kuat amatlah perlu di samping bergantung sepenuhnya kepada Allah.

Ingatlah 5 perkara sebelum 5..apa tu??

1. Masa muda sebelum tua
2. Masa lapang sebelum sibuk
3. Masa kaya sebelum miskin
4. Masa sihat sebelum sakit
5. Masa hidup sebelum mati

Maksudnya, semasa kita masih muda, lapang, kaya, sihat, dan hidup inilah masa kita bersungguh2 dalam membuat amal-ibadat, kebajikan dan sebagainya sebagai bekalan kita di akhirat nanti. Bila datangnya tua, sibuk, miskin, sakit atau mati.. agak susah, malah mungkin tak sempat lagi nak tambah2 amal... (cukup insaf..dan peringatan buat diri sendiri jugak ni..)

Selain itu, cukup kagum dengan cara hidup yang diamalkan dalam keluarga penulis. Teringin juga nak ikut ..tapii mampu kah aku?? Semoga Allah permudahkan..amin..

2 comments:

Uncle said...

tak boleh baca your entries....semua kaler ada terlampau terang!

Yours truly said...

alamak uncle!! saya pun tak tau camana nak buat..huhuhu