CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, December 21, 2011

Iqra' - Travelog Haji - Mengubah Sempadan Iman dan 50 Tip Motivasi Haji


Ini dia...2 buah buku karya Prof Kamil. Mula2 terjebak ke blog prof dan isteri waktu minggu2 pertama abah dan mak berangkat ke tanah suci. Tercari2 info mengenai keadaan di sana dan terus tersesat ke blog2 mereka. Tertarik dengan gaya penulisan mereka yang meresap dan meruntun hati, terus berkobar2 nak cari buku2 mereka.

Buku2 ini bukan sekadar buku agama yang biasa, ia bisa merobek2 hati dengan gaya penceritaan yang sesungguhnya begitu hampir dengan realiti diri sendiri.. (paham tak ni?? ishhh .. ) okeylah.. buku ini patut dimiliki oleh setiap orang macam kita maksudnya orang biasa-biasa. I really recommend these books, tak kisah lah dah pergi haji ke belum..kerana di dalam buku2 ni bukan semata2 mengenai ibadat haji tapii mengenai diri kita sendiri.

Antara yang memberi kesan di hati ialah "selalu berDOA dan SOLAT 1/3 MALAM" ..ternyata 2 perkara ini sepatutnya menjadi amalan dan kekuatan kita, umat Islam.

Semoga Allah juga melimpah kan hidayah Nya kepada kita, orang biasa-biasa kepada luarbiasa. Insyaallah.. marilah kita berubah ke arah kebaikan. (saya tak berniat nak jadi ustazah, cuma pesan memesan..termasuk kepada diri sendiri dan orang2 yg saya sayang..)

Opsstt..bercakap pasal haji, baru tersedaq.. ketiga-tiga bos saya telah bergelar Pak Haji!!!.. :) :)


0 comments: