CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, January 30, 2012

Bukit Merah Laketown - Water Park - Day 1

Kebetulan memang ada perancangan nak stay kat apartment milik kawan baik en suami semasa cuti CNY ni dan tengah2 berkira2 bajet nak masuk waterpark je... tapii bila kami pergi ke booth Bukit Merah di sini.. syukurr ada pakej murah untuk masuk semua tempat.. apalagi tak pikir panjang dah, terus grab..alhamdulillah..

Ok ye, Bukit merah laketown ada 3 tempat yang boleh dilawati iaitu Waterpark, Eco Park dan Pulau Orang Utan dan tiap2 satu berlainan harga tiket. Kalau kita ambil ketiga2 pakej harga normal adalah RM 68.00 dewasa dan kanak RM 57.00. Tetapi kami telah mendapat best deal iaitu hanya RM 45.00/pakej!!.. murah kan?..hehehe

Oh ya jangan risau kalau tak sempat nak pergi ke tiga2 tempat dalam satu hari, kita boleh pergi mana2 tempat yg belum masuk pada hari ke-dua.


Laketown Service Apartment

facilities semua cukup, cuma dapur je tak ada..


Ini kucing terbaru kami, Chimi, nak sangat kucing hitam putih.. sekali dah dapat..TQ to my bro. Chimi ni kira adik beradik dengan si Ben-10 tuuuu..baca sini..

Seronok dia first time naik kereta, tercongak2 memandang ke tingkap. dan duduk senyap je dalam kereta dan apartment..syok la tu kena ulit dengan 3S selalu.. :)

Chimi aka Chimney
(hahaha serombong asap katanya..mentang2 itam legamm)

Sampai apartment, tinggalkan Chimi, then terus ke waterpark...3S dah x sabar2 nak berendam..

ada banyak slide..


boomerang -- mau tercabut jantung..
cayalah SM & SH berjaya buat ni..


Bila ambil pakej, dapat free naik ni..chair lift ride....kerusi gantung, boleh tengok satu waterpark dari atas..

view tasik bukit merah

Dah puas berendam sampai ke petang, jari tangan dan kaki pun dah kecut2 putih..moh ler balik...

malam tu kami datang lagi makan kat food court situ.. boleh lah....

ada show tarian api..layannn

Dah habis makan, perabih lagi duit main kat sini..

dan sambil2 window shopping ..


perghhhh..banyak betui juai menatang angry bird nih!!!

No comments: